Saturday, 19 September 2015

10 Negara Asean

*ASEAN*

Association of Southeast Asian Nations

ASEAN Members.svg
ASEAN merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November.

5 prinsip utama ASEAN
  • Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara
  • Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar, subversif atau koersion (coercion)
  • Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman
  • Menolak penggunaan ketenteraan
  • Kerjasama effektif antara anggota.

Sejarah ASEAN
  1. ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses penandatanganan satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok.
  2.  Menteri luar ketika itu ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina), Tun Abdul Razak  (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand).
  3. Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan. 
  4. Hanya selepas 11 tahun kemudiannya ASEAN menerima ahli baru. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995, Laos dan Myanmar menjadi ahli dua tahun kemudianya, iaitu pada 23 Julai 1997. 
  5. Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama-sama Myanmar dan Laos,Kemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Namun, dua tahun kemudiannya Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.
1. Mempercepat pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial serta pengembangan kebudayaan di kawasan Asia Tenggara.
2. Meningkatkan perdamaian dan stabilitas regional.
3. Meningkatkan kerja sama yang aktif serta saling membantu satu sama lain dalam masalah ekonomi,sosial,budaya teknik, ilmu pengetahuan dan administrasi.
4. Saling memberikan bantuan dalam bentuk sarana-sarana latihan dan penelitian dalam bidang-bidang pendidikan, profesional,teknik dan administrasi.
5. Meningkatkan studi-studi tentang Asia Tenggara.
6.Memelihara kerja sama yang erat dan berguna bagi organisasi-oragnisasi internasional dan regional yang ada dan bertujuan serupa.
7. Bekerja sama dengan lebih efektif dalam meningkatkan penggunaan pertanian serta industri, perluasan perdagangan komoditi internasional, perbaikian sarana-sarana pengangkutan dan komunikasi serta peningkatan taraf hidup rakyat. 
 Fungsi-fungsi kerjasama ASEAN dibentuk berdasarkan kepada Rancangan-rancangan  berikut:
  • Rancangan Pembangunan Sosial ASEAN
  • Rancangan Kebudayaan dan Maklumat ASEAN
  • Rancangan Sains dan Teknologi ASEAN
  • Rancangan Persekitaran Strategik  ASEAN
  • Rancangan Kawalan Penyalahgunaan Dadah ASEAN
  • Rancangan Memerangi Jenayah Antara bangsa ASEAN

BRUNEI
Negara Brunei Darussalam, Jawi: نڬارا بروني دارالسلام), adalah negara berdaulat di Asia Tenggara yang terletak di pantai utara pulau Kalimantan. Negara ini memiliki wilayah seluas 5.765 km² yang menempati pulau Borneodengan garis pantai seluruhnya menyentuh Laut Cina Selatan. Wilayahnya dipisahkan ke dalam dua negara bagian di Malaysia yaitu Sarawak.


Saat ini, Brunei Darussalam memiliki Indeks Pembangunan Manusia tertinggi kedua di Asia Tenggara setelah Singapura, sehingga diklasifikasikan sebagai negara maju. Menurut Dana Moneter Internasional, Brunei memiliki produk domestik bruto per kapita terbesar kelima di dunia dalamkeseimbangan kemampuan berbelanja. Sementara itu, Forbesmenempatkan Brunei sebagai negara terkaya kelima dari 182 negara karena memiliki ladang minyak bumi dan gas alam yang luas.Selain itu, Brunei juga terkenal dengan kemakmurannya dan ketegasan dalam melaksanakan syariat Islam, baik dalam bidang pemerintahan mahupun kehidupan bermasyarakat.

FILIPINA
Republik Filipina merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di bahagian barat Lautan Pasifik dan terletak kira-kira 100 kilometer dari tanah besar Asia. Negara ini mempunyai pengaruh keagaaman, kebudayaan dan cara hidup yang kuat dari negara Sepanyol dan Amerika Syarikat memandangkan telah dijajah selama hampir empat abad oleh kuasa besar tersebut. Filipina adalah salah satu dari hanya dua negara (satu lagi adalah Timor Leste) sahaja yang penduduknya majoriti menganuti agama Kristian di benua Asia di mana agama Islam, Hindu atau Buddha lebih popular.

Dahulu, Filipina merupakan antara negara paling maju di rantau Asia Tenggara, namun sekarang telah ketinggalan di belakang apabila pertumbuhan ekonominya semakin merosot dan masalah penyelewengan yang berleluasa. Hari ini Filipina menikmati pertumbuhan ekonomi yang sederhana disebabkan peyumbangan tenaga kerja yang banyak di luar negara, pertambahan pelaburan ke atas industri teknologi maklumat, dan tenaga kerja yang murah.

INDONESIA
Republik Indonesia, disingkat RI atau Indonesia, adalah negara di Asia Tenggara yang dilintasi garis khatulistiwa dan berada di antara benua Asia dan Australia serta antara Samudra Pasifik dan Samudra Hindia. Indonesia adalah negara kepulauan terbesar di dunia yang terdiri dari 13.466 pulau, nama alternatif yang biasa dipakai adalah Nusantara. Dengan populasi lebih dari 237 juta jiwa pada tahun 2010, Indonesia adalah negara berpenduduk terbesar keempat di dunia dan negara yang berpenduduk Muslim terbesar di dunia, dengan lebih dari 207 juta jiwa. Bentuk pemerintahan Indonesia adalah republik, dengan Dewan Perwakilan Rakyat, Dewan Perwakilan Daerah dan Presiden yang dipilih secara langsung.

Ibu kota negara ialah Jakarta. Indonesia berbatasan darat dengan Malaysia di Pulau Kalimantan, dengan Papua Nugini di Pulau Papua dan dengan Timor Leste di Pulau Timor. Negara tetangga lainnya adalah Singapura, Filipina, Australia, dan wilayah persatuan Kepulauan Andaman dan Nikobar di India.

KEMBOJA
 Kemboja (Bahasa Khmer:, Preăh Réachéanachâk Kâmpŭchéa) dan dahulunya dikenali sebagai Empayar Khmer, adalah sebuah negara yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Indochina di Asia Tenggara. Jumlah keluasan tanahnya 181,035 kilometer persegi. Ia bersempadan dengan Thailand di barat laut, Laos di timur laut, Vietnam di timur, dan Teluk Thailand di barat daya.

Dengan seramai 15 juta penduduk, Kemboja merupakan negara ke-69 paling ramai penduduknya di dunia. Agama rasminya adalah agama Buddha aliran Theravada yang dianuti oleh kira-kira 95 peratus penduduknya. Antara kaum minoriti negara Kemboja adalah Vietnam, Cina, Cham, dan 30 suku hulu. Ibu negara dan bandaraya terbesarnya Phnom Penh, iaitu pusat politik, ekonomi dan kebudayaan Kemboja. Negara raja berperlembagaan ini dinaungi oleh Norodom Sihamoni, iaitu raja yang terpilih selaku ketua negara oleh Majlis Takhta Diraja. Ketua kerajaan pula adalah Hun Sen yang kini merupakan pemimpin bukan raja yang paling lama berkhidmat di Asia Tenggara dan telah memerintah Kemboja selama lebih 25 tahun.

LAOS
Republik Demokratik Rakyat Laos adalah negara yang terkurung daratan di Asia Tenggara, berbatasan dengan Myanmar dan Republik Rakyat Tiongkok di sebelah barat laut, Vietnam di timur, Kamboja di selatan, dan Thailand di sebelah barat. Dari abad ke-14 hingga abad ke-18, negara ini disebut Lan Xang atau "Negeri Seribu Gajah".

Laos adalah sebuah Negara Republik yang dikelilingi oleh daratan dan terletak di bagian utara Semenanjung indocina. Laos berasal dari kata Lan Xang yang artinya kerajaan gajah. Negara ini adalah satu-satunya Negara di kawasan Asia Tenggara yang tidak memiliki pantai. Laos pernah dijajah oleh Prancis dan memperoleh kemerdekaan pada 22 Oktober 1953 dalam bentuk kerajaan.

Laos merupakan salah satu dari lima negara komunis yang ada di dunia. Luas wilayahnya sekitar 236.800 km2 dengan jumlah penduduk sekitar 6,6 juta jiwa. Bergabung dengan ASEAN sejak tahun 1997, tetapi negara yang terkurung daratan (landlocked country) ini baru membuka diri seluas-luasnya dengan negara lain pada tahun 2004. Langkah pertama yang diambil Laos dalam membuka diri adalah menarik modal asing. Laos berkali-kali merevisi undang-undang investasi asing, serta mengizinkan perusahaan asing mentransfer keuntungan keluar Laos. Investor asing juga diizinkan mendirikan perusahaan dengan modal murni atau patungan. Pemerintah Laos bahkan tidak memungut pajak terhadap perusahaan asing untuk lima tahun pertama bisnes di Laos.

MALAYSIA
Malaysia adalah sebuah negara federasi yang terdiri dari tiga belas negara bagian dan tiga wilayah persekutuan di Asia Tenggara dengan luas 329.847 km persegi. Ibu kotanya adalah Kuala Lumpur, sedangkan Putrajaya menjadi pusat pemerintahan persekutuan. Jumlah penduduk negara ini melebihi 27 juta jiwa. Negara ini dipisahkan ke dalam dua kawasan, Malaysia Barat dan Malaysia Timur oleh Kepulauan Natuna, wilayah Indonesia di Laut Tiongkok Selatan. Malaysia berbatasan dengan Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Filipina. Negara ini terletak di dekat khatulistiwa dan beriklim tropika. Kepala negara Malaysia adalah Yang di-Pertuan Agong dan pemerintahannya dikepalai oleh seorang Perdana Menteri. Model pemerintahan Malaysia mirip dengan sistem parlementer Westminster.

Malaysia sebagai negara persekutuan tidak pernah ada sampai tahun 1963. Sebelumnya, sekumpulan koloni didirikan oleh Britania Raya pada akhir abad ke-18, dan bagian barat Malaysia modern terdiri dari beberapa kerajaan yang terpisah-pisah. Kumpulan wilayah jajahan itu dikenal sebagai Malaya Britania hingga pembubarannya pada 1946, ketika kumpulan itu disusun kembali sebagai Uni Malaya. Karena semakin meluasnya tentangan, kumpulan itu lagi-lagi disusun kembali sebagai Federasi Malaya pada tahun 1948 dan kemudian meraih kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

MYANMAR
Republik Persatuan Myanmar (juga dikenal sebagai Birma, disebut "Burma" di dunia Barat) adalah sebuah negara di Asia Tenggara. Negara seluas 680 ribu km² ini telah diperintah oleh pemerintahan militer sejak kudeta tahun 1988. Negara ini adalah negara berkembang dan memiliki populasi lebih dari 50 juta jiwa. Ibu kota negara ini sebelumnya terletak di Yangon sebelum dipindahkan oleh pemerintahan junta militer ke Naypyidaw pada tanggal 7 November 2005.

Myanmar sebagai Negara bagian asia tengara yang berbentuk Republik Persatuan Myanmar (juga dikenal sebagai Birma, disebut "Burma" di dunia Barat) adalah sebuah negara di Asia Tenggara. Negara seluas 680 ribu km² ini telah diperintah oleh pemerintahan militer sejak kudeta tahun 1988. Negara ini adalah negara berkembang dan memiliki populasi lebih dari 50 juta jiwa. Ibu kota negara ini sebelumnya terletak di Yangon sebelum dipindahkan oleh pemerintahan junta militer ke Naypyidaw pada tanggal 7 november 2005.Pada 1988, terjadi gelombang demonstrasi besar menentang pemerintahan junta militer. Gelombang demonstrasi ini berakhir dengan tindak kekerasan yang dilakukan tentara terhadap para demonstran.

SINGAPURA
Republik Singapura ialah sebuah negara pulau yang terletak di tepi hujung selatan Semenanjung Melayu, 137 kilometer (85 bt) di utara garisan Khatulistiwa, di Asia Tenggara. Ia terpisah dari Malaysia dengan Selat Johor di utara, dan Kepulauan Riau Indonesia dengan Selat Singapura di selatan. Singapura ialah pusat kewangan keempat terunggul dan sebuah bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Pelabuhan Singapura ialah salah sebuah daripada lima pelabuhan tersibuk dunia.

Singapura mencatat sejarah penghijrahan yang lama sekali, yang menyumbang kepada hampir 5 juta penduduk berbilang budaya yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu, India, orang Asia lain, dan ras Caucasus. 42% penduduk Singapura ialah orang asing yang bekerja atau belajar di sini. 50% pekerjaan perkhidmatan diisi oleh pekerja asing. Singapura merupakan negara yang kedua paling padat dengan penduduk di dunia, di belakang Monaco. A.T. Kearney mengungkit nama Singapura sebagai negara paling global di dunia dalam Indeks Globalisasi.

Singapura secara rasminya mencapai kedaulatan pada 9 Ogos 1965. Yusof bin Ishak mengangkat sumpah selaku Presiden, manakala Lee Kuan Yew menjadi perdana menteri pertama Republik Singapura.

THAILAND
Kerajaan Thai (nama resmi bahasa Thai: ราชอาณาจักรไทย Ratcha Anachak Thai; atau Prathēt Thai), yang lebih sering disebut Thailand dalam bahasa Inggris, atau dalam bahasa aslinya Mueang Thai (dibaca: "meng-thai", sama dengan versi Inggrisnya, berarti "Negeri Thai"), adalah sebuah negara di Asia Tenggara yang berbatasan dengan Laos dan Kamboja di timur, Malaysia dan Teluk Siam di selatan, dan Myanmar dan Laut Andaman di barat. Kerajaan Thai dahulu dikenal sebagai Siam sampai tanggal 11 Mei 1949.

Kerajaan Thai merupakan tempat terletaknya beberapa wilayah geografis yang berbeda. Di sebelah utara, keadaannya bergunung-gunung, dan titik tertingginya berada di Doi Inthanon (2.576 m). Sebelah timur laut terdiri dari Hamparan Khorat, yang dibatasi di timur oleh sungai Mekong. Wilayah tengah negara didominasi lembah sungai Chao Phraya yang hampir seluruhnya datar, dan mengalir ke Teluk Thailand. Di sebelah selatan terdapat Tanah Genting Kra yang melebar ke Semenanjung Melayu.

Cuaca setempat adalah tropis dan bercirikan monsun. Ada monsun hujan, hangat dan berawan dari sebelah barat daya antara pertengahan Mei dan September, serta monsun yang kering dan sejuk dari sebelah timur laut dari November hingga pertengahan Maret. Tanah genting di sebelah selatan selalu panas dan lembap. Kota-kota besar selain ibu kota Bangkok termasuk Nakhon Ratchasima, Nakhon Sawan, Chiang Mai, dan Songkhla.

Kalender Kerajaan Thai didasarkan pada Tahun Buddha, yang lebih cepat 543 tahun dibandingkan kalender Barat. Tahun 2000 Masehi sama dengan tahun 2543 dalam kalender Kerajaan Thai.

VIETNAM
Vietnam (Bahasa Vietnam: Việt Nam [viət˨ næm˧] ( listen)), bernama resmi Republik Sosialis Vietnam (Cộng Hòa Xã Hội Chủ Nghĩa Việt Nam) adalah negara paling timur di Semenanjung Indochina di Asia Tenggara. Vietnam berbatasan dengan Republik Rakyat Tiongkok di sebelah utara, Laos di sebelah barat laut, Kamboja di sebelah barat daya dan di sebelah timur terbentang Laut China Selatan.

Dengan populasi sekitar 84 juta jiwa, Vietnam adalah negara terpadat nomor 13 di dunia. Vietnam termasuk di dalam grup ekonomi "Next Eleven"; menurut pemerintah, GDP Vietnam tumbuh sebesar 8.17% pada tahun 2006, negara dengan pertumbuhan tercepat kedua di Asia Timur dan pertama di Asia Tenggara. Pada akhir tahun 2007, menteri keuangan menyatakan pertumbuhan GDP Vietnam diperkirakan mencapai rekor tertinggi dalam sepuluh tahun terakhir sebesar 8.44%.

SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 7=Persekutuan Malaysia
Konfrontasi dan perdamaian

1. Apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan, Indonesia dan Filipina enggan iktiraf Malaysia

2. Indonesia melancarkan konfrontasi.

3. Filipina menunjukkan reaksi yang sama.

4 tentera Indonesia menceroboh kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah.

5. pemimpin Malaysia dan Indonesia tetap meneruskan usaha perdamaian.

6. Malaysia membuat bantahan rasmi terhadap pencerobohan tentera Indonesia kepada PBB melalui Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada ketika itu.

7. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat bertindak kerana dihalang oleh kuasa veto Rusia. Rusia bertindak sedemikian kerana mempunyai hubungan baik dengan Indonesia.

8. Kerajaan menyusun semula Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau dikenali Askar Wataniah.
9. Rakyat tempatan menyertai PPT untuk mempertahankan negara daripada pencerobohan tentera Indonesia.
10. Malaysia mendapat sokongan tentera dr negara Komanwel spt Britain, Australia, New Zealand dan Kanada.
11. Rakyat Malaysia bersatu dalam menghadapi konfrontasi.
12. Konfrontasi terhadap Malaysia semakin kendur apabila tentera Indonesia di bawah pimpinan Jeneral Soeharto berjaya ambil alih kuasa daripada Presiden Soekarno selepas peristiwa Gestapo 30 September.
13. Gestapo 30 September merupakan percubaan rampasan kuasa oleh PKI di Indonesia.
14. Dalam peristiwa itu, D.N. Aidit iaitu pemimpin PKI terbunuh.
15. Perjanjian pemulihan hubungan antara Malaysia dengan Indonesia ditandatangani pada bulan Ogos 1966.
16. Filipina memulihkan hubungan dengan Malaysia.

Usaha ke Arah Perdamaian Malaysia-Indonesia
1. Rundingan Tidak Rasmi di Tokyo (Mei 1963)
a. Ant. Tunku Abdul Rahman &Presiden Sukarno
b. Hasilkan persetujuan untuk membawa isu konfrontasi ke sidang kemuncak di Manila.

2. Sidang Kemuncak di Manila (30 Julai – 5 Ogos 1963)
a. MAPHILINDO (Malaysia, Filipina,dan Indonesia) ditubuhkan. Tujuan meningkatkan hubungan persahabatan negara anggota.
b. Menuntut wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat tinjauan semula terhadap pendapat rakyat Sarawak dan Sabah untuk menyertai Persekutuan Malaysia.

3. Persidangan di Bangkok (Februari 1964)
a. Malaysia diwakili oleh Tun Abdul Razak dan Indonesia diwakili oleh Dr. Subandrio.
b. Kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat berkenaan gencatan senjata.

4. Persidangan di Tokyo (Jun 1964)
a. Persidangan gagal
b. Indonesia enggan mengundurkan tenteranya
c. Menuduh Malaysia membelakangkan keputusan Sidang Kemuncak Manila.

Peleraian Konfrontasi
  1. Konfrontasi mula reda selepas tentera Indonesia mematahkan satu rampasan kuasa oleh PKI pada tahun 1965.
  2. Soekarno telah digulingkan dan Jeneral Soeharto menjadi Presiden Indonesia yang baharu.
  3. Perjanjian damai ditandatangani antara Indonesia dan Malaysia pada Jun 1966.
  4. Filipina turut mengiktiraf Persekutuan Malaysia Jun 1966.
  5. Presiden Ferdinand Marcos menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa konfrontasi Indonesia-Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara

  1. Sebagai sebuah negara jiran, kita perlu terus menjalinkan hubungan baik dan tidak mencampuri urusan dalaman negara lain demi keamanan serantau. Apatah lagi, Indonesia merupakan negara jiran dan mempunyai hubungan sejarah yang lama dengan Malaysia. Jika berlakunya pertelingkahan yang berterusan, kedua-dua pihak tidak akan mendapat keuntungan malah akan menyebabkan pergaduhan dalam bentuk peperangan. Keadaan ini akan menjadi penghalang ekonomi. Oleh itu, kita perlu menjalinkan hubungan baik dan tidak mencampuri urusan dalaman negara lain.
  2. Kita hendaklah berfikir dengan baik sebelum bertindak. Indonesia dan Filipina yang enggan mengiktiraf penubuhan Malaysia menyebabkan ketegangan hubungan antara ketiga-tiga negara. Hal ini menyebabkan negara-negara menyimpan dendam antara satu sama lain. Jika pihak masing-masing bekerjasama menyelesaikan masalah ini dengan perbincangan atau perjanjian sebelum pergaduhan, mungkin hubungan silaturahim ini masih dapat dijamin. Oleh itu, fikir sebelum tindak penting dalam mengelakkan ketegangan.
  3. Kita haruslah cuba menggunakan rundingan untuk menyelesaikan masalah. Rundingan sangat penting dalam mencari penyelesaian setiap masalah. Melalui rundingan, kita mungkin berpeluang mendapat keputusan secara dua menang tanpa merugikan mana-mana pihak. Dengan ini, kita mampu mengelakkan perselisihan faham antara kedua-dua pihak dan menghentikan peperangan. Oleh itu, kegunaan rundingan adalah dapat menghalang masalah menjadi lebih memerangsangkan dan lebih serius.
  4. Sebagai pemimpin, kita patut mengekalkan perpaduan sesama negara jiran. Indonesia telah menghantar tentera ke Malaysia kerana tidak bersetujui dengan cadangan penubuhan persekutuan Malaysia pada masa dahulu. Ini merosakkan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia. Hal ini menyebabkan kedua-dua negara ini susah bekerjasama menyelesaikan masalah dengan cara berbincang. Oleh itu, perpaduan antara negara jiran amat perlu dikekalkan.
  5. Kita mestilah berwaspada semasa membuat keputusan yang penting. Setiap keputusan akan menggugat hasil kerja. Persidangan di Tokyo gagal disebabkan tedapat wakil yang tidak menyetujui ulasan yang diberikan telah menjadikan hubungan antara Malaysia dan Indonesia semakin renggang. Hal ini demikian kerana perkara ini akan membiarkan pergaduhan terus dijalankan. Oleh itu, kita mestilah berwaspada semasa membuat keputusan yang penting untuk memastikan tidak meninggalkan kesan buruk selepas keputusan dibuat.